Jawatan Pegawai Kesihatan Persekitaran

Malaysia

Sebelum kemerdekaan Malaysia, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dikenali sebagai "Sanitary Inspector" atau "Inspector of Nuisances". Selepas merdeka nama ini ditukar menjadi "Merinyu Kesihatan Umum" sehinggalah pada tahun 1983, sempena peningkatan taraf pemegang Diploma Kesihatan Persekitaran namanya ditukar menjadi Inspektor Kesihatan. Akhirnya pada tahun 2003, namanya ditukar menjadi Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (gred penjawat awam U29/32/36) sehingga sekarang. Pegawai Kesihatan Persekitaran pula biasanya merujuk kepada mana-mana Inspektor Kesihatan yang berada dalam kedudukan gred pegawai kerajaan U41/42/44 yang mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda Kesihatan Persekitaran.